Pages

Followers

Tuesday, March 22, 2011

.:: Lelaki Singapura Ditahan Seludup 4kg Syabu ::.



MANILA: Seorang lelaki Singapura ditahan bersama sejumlah dadah yang disyaki cuba diseludup melalui lapangan terbang di Manila, kata polis semalam.
Lelaki terbabit, Soa Kiam Hwee, 36, diberkas sejurus selepas tiba dari Thailand, kelmarin.

Jurucakap polis Filipina, Cif Superintendan Agrimero Cruz, berkata apabila disoal siasat, pihak berkuasa menemui empat kilogram methamphetamine hydrochloride yang lebih dikenali sebagai syabu.

Kata Cruz, dadah itu diikat dalam plastik lut sinar pada Soa.

Katanya, turut ditemui adalah sejumlah mata wang asing.

“Polis mengesyaki lelaki terbabit diupah sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah berkenaan,” katanya.


Semua dadah itu diserahkan kepada agensi antidadah Filipina untuk tindakan sewajarnya.

Amerika Syarikat dan negara Asia memang menganggap Filipina menjadi pusat transit dadah terutama membabitkan kumpulan penjenayah China.


Pengedar dadah boleh dihukum penjara seumur hidup di Filipina. - AFP




sumber : harian metro online



No comments:

Post a Comment