Pages

Followers

Showing posts with label program aadk. Show all posts
Showing posts with label program aadk. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

CERAMAH ANTIDADAH DI YPJ KOTA TINGGI


Program Ceramah Antidadah di YPJ Kota Tinggi,
pada 08.02.2012.
Melibatkan seramai 58 pelatih Kolej Yayasan Pelajaran Johor Daerah Kota Tinggi


Di antara pelatih yang terlibat pada hari itu sangat khusyuk mendengar ceramah yang diberikan.

Monday, April 18, 2011

.:: Program Latihan Kerjaya 1 Malaysia .:


Tarikh : 16 hb & 17hb April 2011
Tempat : AADK Kota Tinggi

PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA

Kursus ini disampaikan oleh  wakil dari Institut Latihan Perindustrian Mersing.


TUJUAN :

Memberikan pendedahan dan kemahiran asas berkaitan dengan proses sistem penyejukan yang disediakan oleh pihak Bengkel Penyejukan dan Penyaman Udara. Memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri atau individu yang ingin meningkatkan hasil kerja atau kemahiran diri yang berkualiti agar mereka seiringan dengan keperluan semasa syarikat dan perkembangan teknolgi terkini.
Peserta yang menamatkan kursus dalam bidang tertentu akan dianugerahkan dengan sijil penyertaan yang dikeluarkan Institut Latihan Perindustrian Mersing.


OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA

  • membantu rakyat Malaysia untuk meningkatkan pendapatan pada masa akan datang.
  • Melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran.




peserta yang terlibat

masing-masing khusyuk mendengar taklimat yang diberikan 


peserta turut di beri latihan secara praktikal




Friday, April 8, 2011

.:: PROGRAM BENGKEL PENCEGAHAN RELAPSE ( MODUL MATRIK ) & PENILAIAN ASSIST ::.

Tarikh : 25hb Mac 2011  ( Jumaat )
Tempat : Bilik Mesyuarat , Pejabat Daerah Kota Tinggi

Objektif :

  1. Mmemberi pendedahan kepada kakitangan tentang Modul Matrik & Modul Penggunaan Assist.
  2. Menyediakan manual penggunaan ASSIST & pengisian modul matrik sebagai satu program psikososial
  3. Menjadikan modul penilaian ASSIST sebagai salah satu kaedah yang digunakan agensi cara menentukan keparahan penagih dadah.







Ceramah yang disampaikan oleh Puan Rodiah, Ketua AADK Daerah Kluang.


Peserta yang hadir 





:. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Di AADK Kota Tinggi Part 2 .:

Tarikh : 27hb April 2011
Tempat : Pusat Khidmat AADK Kota Tinggi

                   Program sambutan maulidur rasul ini sempena memperingati kelahiran junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. Aktiviti seperti bacaan ayat suci Al Quran, selawat ke atas nabi dan ceramah agama telah diadakan. Antara matlamat program ini ialah untuk mengekalkan kepulihan bekas penagih dan mencontohji akhlak mulia Rasullah. Serta merapatkan silaturrahim antara residen, kes pengawasan, keluarga peserta dan kakitangan AADK sendiri.

                   Semoga dengan adanya program seperti ini semua yang hadir pada hari tersebut akan mendapat ilmu dan diberkati Allah, Amin.


En Rohan sebagai pengacara majlis


Bacaan ayat suci Al-Quran



Ucapan aluan dari ketua AADK Daerah Puan Hasina Binti Abd Rashid


Ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan


Jamuan makan pagi






Antara pegawai yang terlibat menyambut kedatangan jemputan








Saturday, April 2, 2011

.:: Majlis Sambutan Maulid Rasul Di AADK Kota Tinggi ::.

. Sambutan Maulidur Rasul .:


Tarikh 27hb Mac yang lalu pejabat AADK kami meriah dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul
bersama kakitangan dan kes pengawasan..
alhamdulillah program anjuran Unit Pemulihan AADK tersebut mendapat sambutan yang meriah dari semua kakitangan dan kes pengawasan..


Ketua Daerah Kota Tinggi Puan Hasina menyampaikan cenderamata kepada
penceramah jemputan kami

Pelbagai majlis ilmu yang diadakan..
termasuklah ceramah agama yang disampaikan oleh seorang penceramah jemputan..

Para hadirin juga turut dihidangkan dengan makan pagi dan makan tengah hari
yang paling best bila kami semua makan dalam talam beramai-ramai..


majlis pagi itu dimulakan dengan selawat ke atas nabi beramai-ramai


dalam kepenatan tu sempat juga kami berposing
hehehehe..

:. Pameran Science On Wheels Johor 2011 .:

Science On Wheels Johor 2011 .:


Pada 25hb Mac yang lalu kami dari AADK Kota Tinggi telah menerima jemputan untuk
mengadakan Pameran Antidadah dan Ceramah untuk

"Program Science On Wheels Johor 2011"
di Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar..
bukan kami sahaja malah ada juga jabatan-jabatan lain yang turut terlibat..



Pameran Bas Bergerak oleh MOSTI

Ceramah tentang bahaya dadah turut diadakan.

Program ini dihadiri oleh sekolah-sekolah menengah dan rendah Daerah Kota Tinggi

Kaunter Pameran Antidadah dari AADK Kota Tinggi

Tuesday, March 22, 2011

.:: Ceramah Dan Pameran SMK Bandar Kota Tinggi ::.


Program Ceramah Dan Pameran Di SMK Bandar Kota Tinggi pada
9hb Mac 2011
happy dapat jumpa semua pelajar sekolah ni yang nampak berminat pada pameran yang kami adakan..
banyak soalan2 yang diajukan..





board pameran kami turut jadi sambutan



pelajar-pelajar tersebut melihat dengan penuh khusyuk


tq adik2 sebab  bagi sokongan pada kami

Wednesday, March 16, 2011

.:: Sehari Di PLKN Kem Desaru Kota Tinggi ::.

Sehari Bersama Pelatih PLKN Kem Desaru Kota Tinggi

Ini adalah kenangan manis sewaktu kami menjalankan program bersama-sama 
Pelatih Khidmat Negara Di Kem Desaru PLKN




Program LDK bersama mereka


walaupun penat tapi kami tetap rasa gembira..








kesemua pelatih melihat penerangan dari kumpulan lain




semoga ilmu yang kami kongsikan bersama-sama mereka akan diberkati Allah hendaknyer..
Amin.....

Thursday, March 10, 2011

.:: Program Minggu Antidadah Di S.K Bandar Mas Kota Tinggi ::.

Felda Bandar Mas, Kota Tinggi : Pada 5hb Mac 2011 kami unit pencegahan bersama pilot kami En Hairul telah ke SK Bandar Mas atas jemputan sekolah tersebut untuk Program Minggu Antidadah sekolah berikut. kedatangan kami di sambut mesra oleh beberapa orang guru di sana. Program di mulakan dengan Ceramah Antidadah dengan oleh Puan Hazurah diikuti dengan Slot Tayangan Video oleh Puan Normah dan di hujung program En Yazid telah mengadakan sesi kuiz bersama pelajar.

             Kesemua pelajar sangat berminat dengan apa yang kami sampaikan, ada juga yang menyalin nota dari penerangan yang kami berikan. Kemudian mereka di bawa ke sudut Pameran Antidadah. Di sini mereka lebih berasa teruja kerana dapat melihat sendiri contoh-contoh sample dadah yang kami bawa.

              Terima kasih dan sekalung budi kepada pihak sekolah atas kesudian menjemput kami.
Semoga kedatangan kami walau hanya untuk seketika akan dapat meninggalkan ilmu yang berguna kepada semua pelajar.





Pelajar-pelajar khusyuk mendengar ceramah.


Sesi Kuiz oleh En Yazid


Kedatangan kami di sambut baik oleh pihak sekolah.


Pelajar-pelajar perempuan yang terlibat.