Pages

Followers

Showing posts with label apa itu dadah. Show all posts
Showing posts with label apa itu dadah. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

.:: Apa itu Dadah Meow-Meow ::.




Dadah tiruan ancam dunia




GENEVA - Gejala penagihan dadah tiruan didakwa sudah tidak terkawal dan merebak di banyak negara dunia, lapor Lembaga Kawalan Dadah Antarabangsa (INCB) semalam.
Dadah tiruan itu merujuk kepada dadah yang mengandungi bahan kimia yang diubah suai di makmal sama ada melibatkan dadah baru atau dadah sedia ada bagi mengaburi mata pihak berkuasa sekali gus mengelakkan ia dikategorikan sebagai bahan larangan di sisi undang-undang.
Antara dadah tiruan yang popular selain ekstasi dan amphetamine adalah mephedrone atau lebih popular dengan nama meow meow, MCAT atau buih.
Meow meow dilaporkan memiliki kesan yang sama dengan amphetamine, ekstasi dan dadah kokain.
Dadah meow meow amat popular dalam kalangan pengunjung kelab malam di London.
Menurut INCB yang merupakan badan pemantau narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyalahgunaan dadah tiruan meow meow kini merebak di kebanyakan negara dan ceruk rantau.
"Mephedrone merupakan penyumbang utama gejala penagihan dadah di Eropah, Amerika Utara, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand," kata INCB dalam laporannya.
Menurut laporan tersebut, penyebaran meow meow sukar dibendung kerana dadah tiruan itu mudah didapati.
Dadah itu juga dijual lebih murah daripada kokain.

sumber : KOSMO
BERSAMA MEMBASMI DADAH!!!

.:: Iyut Bing Dan Kes Dadah ::.


Artis kena tangkap pasal dadah??
itu bukan perkara biasa kan??
ini adalah diantaranyer...
renung-renungkanlah yer....







JAKARTA: Artis dengan identiti IBS yang ditangkap kerana terbabit dengan kes dadah dua hari lalu adalah Iyut Bing Selamat. Artis yang lebih terkenal ketika zaman kanak-kanak itu ditahan pada jam 10 malam di Hotel Penthouse di Mangga Besar, di sini, kelmarin.

“Iyut didapati menyalahgunakan dadah di bilik 208 Hotel Penthouse, Taman Sari, Jakarta Barat,” ujar Ketua Penerangan Umum Markas Besar Polis, Kombes Pol Boy Rafli Amar ketika dihubungi melalui telefon, semalam.

Artis yang nama sebenarnya Ratna Fairuz Albar itu ditahan seorang diri di dalam bilik hotel dengan 0.4 gram syabu dan alat penyedut.

“Kami juga menemui 0.4 gram syabu dan alat penyedut ketika menahannya kira-kira jam 10 malam,” tambah Boy Rafli.
Sementara itu, Iyut masih ditahan untuk siasatan di Badan Narkotik Nasional (BNN).

sumber : harian metro online


p/s : isu dadah semakin meruncingkan?

Wednesday, March 9, 2011

.:: CIRI-CIRI DADAH ::.

Mempunyai kesan paling ketara ke atas Sistem Saraf Pusat (otak dan saraf tunjang);


Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

Diperolehi secara haram

         
(    Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan 

Thursday, February 17, 2011

.:: Methamphetamine , Syabu, Ice ::.


Methamphetamine Hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulam stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Cth meth yang biasanya terdapat di Malaysia ialah Syabu dan Yaba. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Cara menggunakannya :

  • Menghisap
  • Menyedut ( Chasing Dragon )
Nama Jalanan :
  • Ice
  • Batu
  • Stone

.:: TAHUKAH ANDA? ::.



Sejarah Dadah / Asal usul Dadah
Sebenarnya dadah telah lama wujud dan digunakan sejak dari 5000 tahun dahulu, mengikut sejarah Islam dadah dibawa masuk ke negara Arab oleh orang Parsi yang tidak beragama. Ini terbukti kerana ada tertulis didalam Kitan Al-Hitat yang ditulis oleh Al-Mugrizi yang mengatakan “Telah datang ke kahirah beberapa orang Parsi yang tidak mempercayai tuhan, mereka membawa candu dan beberapa bahagian yang dikeringkan telah dibancuh dengan madu dan dinamakan Al-Ukdah (Dr.Ahmad Shukri Al-Fanjar, 1975)     

Saturday, January 29, 2011

APA ITU DADAH?

DEFINISI DADAH

Dadah ialah bahan kimia yang memberi kesan kemudaratan ke atas pemikiran (psikoaktif), fizikal, emosi dan tingkahlaku.


CIRI-CIRI DADAH

  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas system saraf
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan.
  • Diperolehi dan digunakan secara haram.
  • Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal.
  • Mendatangkan kesan buruk dan bahaya kepada kesihatan serta fungsi sosial individu.