Pages

Followers

Tuesday, March 22, 2011

.:: Ceramah Dan Pameran SMK Bandar Kota Tinggi ::.


Program Ceramah Dan Pameran Di SMK Bandar Kota Tinggi pada
9hb Mac 2011
happy dapat jumpa semua pelajar sekolah ni yang nampak berminat pada pameran yang kami adakan..
banyak soalan2 yang diajukan..





board pameran kami turut jadi sambutan



pelajar-pelajar tersebut melihat dengan penuh khusyuk


tq adik2 sebab  bagi sokongan pada kami

.:: Program Maybank Bandar Tenggara Bersama Komuniti ::.



Sabtu lepas pada 19hb Mac 2011
kami ke Bandar Tenggara untuk satu jemputan bagi program
Maybank Bersama Komuniti..

terima kasih atas jemputan tersebut dan layanan yang baik dari pihak maybank..
semoga akan bekerjasama lagi pada masa akan  datang.



Gerai Pameran Antidadah kami


Pertandingan gubahan tuala bagi kaum ibu


Kehadiran Datok Haji Baderi ke gerai pameran kami.
terima kasih datok.


Group kompang dari anak-anak comel yang berbakat




kami turut dihiburkan dengan nyanyian koir..

.:: 16 Makmal Dadah Dibongkar Pihak Polis ::.




KUALA LUMPUR: Jika diukur pada jumlah dan nilai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin sudah mencipta rekod tertinggi dalam sejarah apabila berjaya membongkar 16 makmal dadah selain merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 3.5 tan yang dianggarkan bernilai RM220 juta dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun (gambar) berkata, kejayaan terbesar itu adalah susulan kerja keras anggotanya menumpaskan satu persatu sindiket dadah antarabangsa sebelum memberkas 61 ahli sindiket terbabit.

Menurutnya, banyak dari makmal dadah yang dikenal pasti itu beroperasi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
“Kejayaan ini meningkat hampir 40 peratus berbanding 11 makmal dadah sepanjang tahun lalu. “Kebanyakan ahli sindiket dadah yang diberkas bukanlah di kalangan ahli kimia atau pakar, tetapi warga tempatan manakala penyeludup pula dari warga Iran,” katanya.





cegah : semakin kita cuba memeranginyer semakin menjadi2 pulak kes dadah ni, semua  orang sebenarnya perlu bekerjasama untuk memerangi dadah.

.:: Lelaki Singapura Ditahan Seludup 4kg Syabu ::.



MANILA: Seorang lelaki Singapura ditahan bersama sejumlah dadah yang disyaki cuba diseludup melalui lapangan terbang di Manila, kata polis semalam.
Lelaki terbabit, Soa Kiam Hwee, 36, diberkas sejurus selepas tiba dari Thailand, kelmarin.

Jurucakap polis Filipina, Cif Superintendan Agrimero Cruz, berkata apabila disoal siasat, pihak berkuasa menemui empat kilogram methamphetamine hydrochloride yang lebih dikenali sebagai syabu.

Kata Cruz, dadah itu diikat dalam plastik lut sinar pada Soa.

Katanya, turut ditemui adalah sejumlah mata wang asing.

“Polis mengesyaki lelaki terbabit diupah sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah berkenaan,” katanya.


Semua dadah itu diserahkan kepada agensi antidadah Filipina untuk tindakan sewajarnya.

Amerika Syarikat dan negara Asia memang menganggap Filipina menjadi pusat transit dadah terutama membabitkan kumpulan penjenayah China.


Pengedar dadah boleh dihukum penjara seumur hidup di Filipina. - AFP




sumber : harian metro online



Wednesday, March 16, 2011

.:: Sehari Di PLKN Kem Desaru Kota Tinggi ::.

Sehari Bersama Pelatih PLKN Kem Desaru Kota Tinggi

Ini adalah kenangan manis sewaktu kami menjalankan program bersama-sama 
Pelatih Khidmat Negara Di Kem Desaru PLKN




Program LDK bersama mereka


walaupun penat tapi kami tetap rasa gembira..








kesemua pelatih melihat penerangan dari kumpulan lain




semoga ilmu yang kami kongsikan bersama-sama mereka akan diberkati Allah hendaknyer..
Amin.....

Tuesday, March 15, 2011

:. Baby Insaf Di Penjara Kerana Dadah .:




KUALA LUMPUR: “Cukuplah pengalaman tujuh bulan dipenjarakan di luar negara selepas menjadi keldai dadah,” kata Nur Dhiya Ain Rosman, 20, yang dibebaskan dari penjara Cape Town, Afrika Selatan, 9 Mac lalu.
Anak kedua daripada empat beradik berasal dari Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, di sini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada jam 6 pagi hari sama. 
Nur Dhiya dipenjarakan di Cape Town selama tujuh bulan bermula 14 Ogos tahun lalu hingga 9 Mac lalu selepas ditahan dan didapati bersalah kerana membawa 1.2 kilogram dadah jenis syabu.

Menurutnya, ketika ditahan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai dadah itu dan terkejut selepas menyedari ditipu rakan baik yang dikenali sejak kecil.

Katanya, dia bersetuju melancong ke Cape Town selepas diajak rakan baiknya itu yang menawarkan tiket penerbangan dan penginapan percuma selama empat hari ke negara itu, tetapi rakannya membatalkan percutian pada saat akhir menyebabkan dia terpaksa pergi seorang diri.



“Rakan saya itu meyakinkan saya akan selamat kerana akan ditemani wakil syarikat yang menguruskan pelancongan percuma itu dan bakal ditempatkan di sebuah hotel mewah selama empat hari.

“Selama di sana saya dilayan dengan baik dan apabila tiba saat untuk pulang pada 14 Ogos tahun lalu, seorang wanita yang mendakwa wakil syarikat itu yang menemani saya menyerahkan sebuah beg kecil sebagai sagu hati tanpa diketahui isinya.

“Ketika di lapangan terbang kira-kira jam 10 malam selepas melalui pemeriksaan pengimbasan, saya ditahan pegawai imigresen negara itu,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini, semalam.

Nur Dhiya berkata, sebaik ditahan, dia hanya berdoa kerana tidak mengetahui motif rakan baiknya serta wakil syarikat pelancongan itu berbuat demikian dan hanya mengetahui dirinya dikhianati selepas dipenjara.

“Saya sungguh insaf dengan pengalaman ini kerana pertama kali berjauhan dengan ibu, ayah dan adik-beradik. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini.

“Saya menasihatkan remaja supaya berhati-hati dengan rakan sendiri dan orang yang baru dikenali kerana kebanyakan mereka mempunyai muslihat,” katanya yang dibebaskan daripada penjara selepas Mahkamah Tinggi Cape Town memutuskan dia tidak bersalah dalam kes pengedaran dadah.

Menurutnya, walaupun dilayan dengan baik, pengalaman tinggal dalam penjara bersama tahanan warga Afrika amat menginsafkan kerana mereka sering bergaduh menyebabkan dirinya tertekan selain berjauhan orang tersayang.

Harian Metro pada 15 Ogos tahun lalu melaporkan Nur Dhiya ditahan di lapangan terbang Cape Town selepas dikesan membawa 1.2 kilogram syabu dan ditempatkan di sebuah pusat tahanan.

Sementara itu, ibu dan bapanya, Roslah Abd Jani, 44, dan A C Musa Abu Chik, 43, bersyukur kerana mimpi ngeri keluarganya berakhir apabila Nur Dhiya atau lebih dikenali sebagai Baby dibebaskan dan kini kembali ke pangkuan keluarga.

Roslah berkata, sebelum ini dia tidak boleh tidur malam dan setiap hari berusaha menghubungi Kedutaan Malaysia di Cape Town untuk mengetahui keadaan anak gadisnya itu.

“Saya mengorbankan segala-galanya demi menyelamatkan Baby kerana dia masih muda dan masa depannya masih panjang,” katanya yang menghabiskan ribuan ringgit untuk membebaskan anaknya dengan pertolongan pelbagai pihak.



 sumber dari METRO 


cegah : Semoga kita semua mendapat iktibar dari apa yang telah berlaku. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak jadi susah.. betul tak?

Saturday, March 12, 2011

.:: Dua Pengedar Dadah Di Kluang Di Tangkap ::.

Dua pengedar dadah yang menjadikan remaja sebagai sasarannya
berjaya di tangkap oleh pihak polis..
syabas!!
ikuti berita selanjutnya dari Metro Online

2 pengedar dadah sasar remaja dicekup


KLUANG: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah yang menyasarkan remaja di daerah ini sebagai pelanggan mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin.
Dalam serbuan pertama pada jam 3.30 petang oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, suspek pertama dijejak sekitar Jalan Kampung Paya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata pemuda berusia 29 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun gagal.
“Pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan dua peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi heroin dan syabu.

“Heroin seberat 16.78 gram, manakala syabu pula mencecah 1.5 gram dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.

Beliau berkata, hasil soal-siasat suspek pertama, pihaknya turut memberkas seorang lagi suspek yang terbabit pengedaran dadah.

“Suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Felda Kahang Timur jam 9 pagi semalam dan pemeriksaan menemui sepeket plastik berisi heroin seberat 15.85 gram.

“Kedua-duanya kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati mandatori,” katanya.

Friday, March 11, 2011

.:: Belasah Isteri Dengan Tali Pinggang ::.

Cuba baca keratan ahkbar dari Metro Online di bawah..
sedih dan terkilan dengan tindakan suami yang memukul isterinya dengan tali pinggang seolah-olah isterinya itu bagakan binatang..
langsung tidak ada perikemanusiaan..
semua ini adalah berpunca dari dadah..
korang baca dan fahamilah sendiri...




KEMAMAN: Seorang isteri yang menderita kerana didera suami nekad mendedahkan pembabitan lelaki berkenaan dalam penyalahgunaan dadah sejak setahun lalu.
Penangan pil kuda bukan saja menyebabkan lelaki berusia 23 tahun itu membelasah isteri dengan kaki dan tangan, malah lebih malang lagi apabila tubuh ibu kepada dua anak itu turut disebat dengan tali pinggang apabila si suami hilang kawalan akibat ketandusan bekalan dadah.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pembantu penguat kuasa di sebuah agensi penguatkuasaan kerajaan di Kuala Lumpur dikatakan menagih pil kuda sejak setahun lalu dan dipercayai mendapat bekalan dadah berkenaan daripada pengedar di bandar raya itu.
Mangsa berusia 21 tahun nekad membuat laporan polis apabila lelaki terbabit yang bagaikan dirasuk syaitan membelasahnya dengan tali pinggang ketika pulang bercuti ke rumah keluarga di Felda Cherul, Cheneh,.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata pihaknya menerima laporan wanita terbabit yang dibuat di Pondok Polis Cheneh pada jam 2 petang, Ahad lalu.

Beliau berkata, susulan laporan itu, anggota polis di pondok berkenaan mengambil tindakan segera menahan lelaki terbabit dalam satu serbuan diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (KBSJN) Kemaman, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah di rumah keluarga lelaki berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan disaksikan kedua-dua orang tua lelaki terbabit pada jam 2.30 petang hari sama, anggota penguat kuasa berkenaan yang panik dengan kehadiran polis di rumah itu bertindak agresif bagi mengelak ditahan.

“Pemeriksaan pada badan lelaki terbabit tidak menemui sebarang dadah dan dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut.
Lelaki terbabit dipercayai menagih pil kuda berdasarkan keputusan ujian air kencing yang dilakukan mendapati dia positif metaphetamine,” katanya.

Abdullah berkata, lelaki terbabit sudah dibebaskan semalam dengan jaminan polis selepas direman selama tiga hari di lokap IPD Kemaman bermula Isnin lalu.

Katanya, anggota penguat kuasa itu akan dipanggil semula selepas polis mendapat laporan penuh ujian air kencing daripada makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, siasatan awal polis percaya lelaki terbabit bertindak agresif dan sering memukul isterinya apabila ketagihan selepas dipercayai terputus bekalan apabila pulang bercuti di kampung.

“Penangan dadah jenis metaphetamine seperti pil kuda boleh menyebabkan penagih hilang kawalan dan bertindak tanpa peri kemanusiaan sekiranya terputus bekalan,” katanya.

Abdullah berkata, siasatan terhadap lelaki terbabit dilakukan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara dua tahun.

Thursday, March 10, 2011

.:: Program Minggu Antidadah Di S.K Bandar Mas Kota Tinggi ::.

Felda Bandar Mas, Kota Tinggi : Pada 5hb Mac 2011 kami unit pencegahan bersama pilot kami En Hairul telah ke SK Bandar Mas atas jemputan sekolah tersebut untuk Program Minggu Antidadah sekolah berikut. kedatangan kami di sambut mesra oleh beberapa orang guru di sana. Program di mulakan dengan Ceramah Antidadah dengan oleh Puan Hazurah diikuti dengan Slot Tayangan Video oleh Puan Normah dan di hujung program En Yazid telah mengadakan sesi kuiz bersama pelajar.

             Kesemua pelajar sangat berminat dengan apa yang kami sampaikan, ada juga yang menyalin nota dari penerangan yang kami berikan. Kemudian mereka di bawa ke sudut Pameran Antidadah. Di sini mereka lebih berasa teruja kerana dapat melihat sendiri contoh-contoh sample dadah yang kami bawa.

              Terima kasih dan sekalung budi kepada pihak sekolah atas kesudian menjemput kami.
Semoga kedatangan kami walau hanya untuk seketika akan dapat meninggalkan ilmu yang berguna kepada semua pelajar.





Pelajar-pelajar khusyuk mendengar ceramah.


Sesi Kuiz oleh En Yazid


Kedatangan kami di sambut baik oleh pihak sekolah.


Pelajar-pelajar perempuan yang terlibat.

.:: Bila Dadah Jadi Sahabat ::.




Manusia semakin buta dengan dadah..
Dadah semakin dekat dengan kita..
Membunuh dalam diam..
Meruntuhkan negara seperti virus..
Jom Kita Sama-Sama Membasmi Dadah!!!!

.:: Apa itu Dadah Meow-Meow ::.




Dadah tiruan ancam dunia




GENEVA - Gejala penagihan dadah tiruan didakwa sudah tidak terkawal dan merebak di banyak negara dunia, lapor Lembaga Kawalan Dadah Antarabangsa (INCB) semalam.
Dadah tiruan itu merujuk kepada dadah yang mengandungi bahan kimia yang diubah suai di makmal sama ada melibatkan dadah baru atau dadah sedia ada bagi mengaburi mata pihak berkuasa sekali gus mengelakkan ia dikategorikan sebagai bahan larangan di sisi undang-undang.
Antara dadah tiruan yang popular selain ekstasi dan amphetamine adalah mephedrone atau lebih popular dengan nama meow meow, MCAT atau buih.
Meow meow dilaporkan memiliki kesan yang sama dengan amphetamine, ekstasi dan dadah kokain.
Dadah meow meow amat popular dalam kalangan pengunjung kelab malam di London.
Menurut INCB yang merupakan badan pemantau narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyalahgunaan dadah tiruan meow meow kini merebak di kebanyakan negara dan ceruk rantau.
"Mephedrone merupakan penyumbang utama gejala penagihan dadah di Eropah, Amerika Utara, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand," kata INCB dalam laporannya.
Menurut laporan tersebut, penyebaran meow meow sukar dibendung kerana dadah tiruan itu mudah didapati.
Dadah itu juga dijual lebih murah daripada kokain.

sumber : KOSMO
BERSAMA MEMBASMI DADAH!!!

.:: Akibat Syabu ::.

PEJABAT Syerif daerah Multnomah, Oregon mengeluarkan imej wajah seorang wanita yang berubah disebabkan pengambilan pil methamphetamine. 


SALEM - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiarkan wajah-wajah penagih pil khayal methamphetamine yang bertukar menjadi hodoh selepas mereka mengambil dadah berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Pendedahan yang mengerikan itu dibuat dalam satu klip video selama 48 minit berjudul From Drugs to Mug. Klip video itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada golongan muda supaya jangan terjebak ke dalam kancah penagihan dadah.
Klip video itu diterbitkan oleh pejabat Syerif Daerah Multnomah di negeri Oregon. Ia dibuat selepas klip video yang mempunyai mesej sama Faces of Meth mencetuskan kontroversi pada 2004. Antara lain, ia menunjukkan beberapa penagih pil methamphetamine kehilangan gigi mereka. Beberapa penagih turut dilihat menggaru tulang muka selepas wajah mereka menjadi amat cekung kesan pengambilan dadah itu.
Beberapa anggota polis yang terbabit dalam penerbitan klip video itu merakamkan wajah penagih-penagih baru yang pertama kali ditangkap. Wajah-wajah mereka yang bertukar semakin hodoh dirakam semula beberapa bulan kemudian selepas mereka ditangkap semula oleh pihak berkuasa.
"Saya mahu penonton dapat membayangkan bagaimana dadah memusnahkan kehidupan seseorang penagih," kata Timbalan Syerif Multnomah, Bret King, 45. - Agensi
Sumber : Kosmo!

.:: Iyut Bing Dan Kes Dadah ::.


Artis kena tangkap pasal dadah??
itu bukan perkara biasa kan??
ini adalah diantaranyer...
renung-renungkanlah yer....







JAKARTA: Artis dengan identiti IBS yang ditangkap kerana terbabit dengan kes dadah dua hari lalu adalah Iyut Bing Selamat. Artis yang lebih terkenal ketika zaman kanak-kanak itu ditahan pada jam 10 malam di Hotel Penthouse di Mangga Besar, di sini, kelmarin.

“Iyut didapati menyalahgunakan dadah di bilik 208 Hotel Penthouse, Taman Sari, Jakarta Barat,” ujar Ketua Penerangan Umum Markas Besar Polis, Kombes Pol Boy Rafli Amar ketika dihubungi melalui telefon, semalam.

Artis yang nama sebenarnya Ratna Fairuz Albar itu ditahan seorang diri di dalam bilik hotel dengan 0.4 gram syabu dan alat penyedut.

“Kami juga menemui 0.4 gram syabu dan alat penyedut ketika menahannya kira-kira jam 10 malam,” tambah Boy Rafli.
Sementara itu, Iyut masih ditahan untuk siasatan di Badan Narkotik Nasional (BNN).

sumber : harian metro online


p/s : isu dadah semakin meruncingkan?

Wednesday, March 9, 2011

.:: CIRI-CIRI DADAH ::.

Mempunyai kesan paling ketara ke atas Sistem Saraf Pusat (otak dan saraf tunjang);


Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

Diperolehi secara haram

         
(    Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan 

Monday, March 7, 2011

.:: Minggu Antidadah Di S.K Air Tawar 3 ::.

Pada 1hb Mac 2011..
Kami Unit pencegahan di AADK Kota Tinggi menerima dua jemputan untuk Majlis Antidadah...
En Yazid dan En Muhaizad ke S.K Laksamana sekali lagi untuk pameran dan
Pn Hazurah Dan Puan Normah ke S.K Air Tawar 3 untuk Ceramah dan Tayangan Video..



Setibanya kami di sana, kami telah disambut baik oleh guru pendidikan antidadah sekolah tersebut.. dan kelihatan pelajar2 telah berkumpul di kantin sekolah..


Pelajar2-pelajar mendengar dengan khusyuk sekali..


semoga mereka semua dapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dengan kedatangan kami..

.:: Pelancaran Minggu Antidadah S.K Laksamana ::.

Pada 28hb Febuari sebenarnya unit kami dapat 3 jemputan untuk 3 majlis pelancaran..
bukan setakat di SK Laksamana sahaja..
malah kami terpaksa berpecah kepada 3 kumpulan..
Rohan ke Majlis Pelancaran Minggu Antidadah di SMK Laksamana dan En Fauzi ke SMK Linggiu..
Manakala Normah Dan Hazurah Ke SK Laksamana..
jom tengok corat coret aktiviti kami di Sekolah Rendah Laksamana Kota Tinggi..


seronok betul dia orang tgk pameran..


sempat gak Puan Hazurah berposing hehehhee


amboie khusyuknyer adik2 ni tengok pameran..



apalah yang dia org tgk tu yer..


amboie nak jugak hehhehe..

banner majlis pelancaran tersebut

.:: Merokok ::.

DADAH PENDORONG





Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan  dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, mengesahkan bahawa nikotin adalah “DADAH PENDORONG” yang dikaitkan dengan penggunaan bahan-bahan haram.
Orang dewasa yang mula merokok sebelum usia 15 tahun adalah tiga kali ganda lebih cenderung untuk menjadi penagih dadah

Sunday, March 6, 2011

.:: Klinik CNC 1 Malaysia ::.

             Apa yang dikatakan dengan Klinik CNC 1 Malaysia?
Berikut adalah definisi Klinik CNC 1 Malaysia ( dari sumber AADK.gov )

DEFINISI KLINIK CNC 1MALAYSIA

 Satu fasiliti terbuka yang menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang boleh diaccess oleh semua peringkat pelanggan di dalam sebuah institusi – penagih, keluarga, majikan dan lain-lain (open access services).

 Fasiliti berperanan sebagai penyedia, pelaksana, perunding, penyelaras dan perujuk (termasuk kes advokasi) kepada program rawatan dan pemulihan klien – memenuhi keperluan kepulihan klien.

 Cure & Care (Pulih & Prihatin) diterjemahkan sebagai cara penyampaian perkhidmatan yang sepatutnya dilakukan AADK selaras dengan hasrat kerajaan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dan Program Transformasi Kerajaan melalui penetapan pencapaian NKRA.



APA PERKHIDMATAN DISEDIAKAN 

  Pada masa ini 12 perkhidmatan disediakan (secara berperingkat-peringkat).

 Perkhidmatan ini disediakan secara pakej mengikut peringkat penempatan klien (client's placement level) dan jenis perkhidmatan antaranya :-

     -   Pesakit luar (harian, mingguan, berkala)
     -   Residen (2 minggu – 6 bulan)
     -   Daycare (1/2 hari, sehari dan hujung minggu – retreat)
     -   Detoksifikasi (7 – 14 hari)
     -   Khidmat singkat (terbuka)
     -   Rujukan/advokasi (terbuka) 
     -   Rawatan terapi gantian (rujukan & berkala)


KEMASUKAN 

  Kemasukan ke C&C 1Malaysia tertakluk kepada 3 cara:-

     -   Walk-in – klien datang sendiri secara sukarela 
     -   Rujukan – dirujuk oleh pihak ketiga (ibubapa, pasangan, majikan atau lain-lain pihak ketiga yang relevan). 
     -   Temu-seru – dirujuk oleh pegawai AADK/NGOs.



CAWANGAN CNC 1 MALAYSIA :

KLINIK C & C 1MALAYSIA SUNGAI BESI
Batu 7,Jalan Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9056 2997/ 9056 2945/ 9057 2960,
Faks :03- 9058 7525
KLINIK C&C 1MALAYSIA BUKIT MERTAJAM
Jalan Kampung Baru,
14000 Bukit Mertajam,
Seberang Perai Tengah
Pulau Pinang
Tel : 04-7000170 / 171
Fax : 04-539 4835
  
KLINIK C & C 1MALAYSIA TAMPOI
81200 Johor Bharu,
Tel:07-236 1711
Fax:07-237 1799
KLINIK C & C 1MALAYSIA PAPAR
Beg Berkunci No. 7,
Batu 30,
Jalan Papar, Beaufort,
89609 Papar, Sabah.
Tel : 088-912893/ 912487
Faks :088-915786
  
KLINIK C & C 1 MALAYSIA KOTA BHARU
Jalan Padang Tembak,
16100 Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-7717350/ 7717357
Faks: 09-749816
KLINIK C & C 1MALAYSIA KUCHING
Km 10, Jalan Penrissen,
93250 Kuching,
Sarawak.
Tel : 082-612411/  612412
Faks : 082-612785

Saturday, March 5, 2011

.:: Minggu Antidadah 2011 ::.

Minggu ni kami memang bz skit..
sebab Minggu Antidadah di sekolah-sekolah..


aku satu team sampaikan tak ade masa nak duk opis...
sampai hilang dah suara..
ok lepas ni kami akan update gambar2 aktiviti sepanjang minggu antidadah di  
sekolah-sekolah dalam daerah Kota Tinggi k..