Pages

Followers

Showing posts with label cegah 2010. Show all posts
Showing posts with label cegah 2010. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

.:: KEM INTIM 2010DI SK SETIA JAYA ::.


Gambar ni sebenarnya dah lama cuma simpan jadi pekasam dalam lappy ni..
ni gambar kenangan masa Program kem INTIM kat sekolah Rendah Setia Jaya..
seronok menghabiskan masa dengan budak2 ni...
hilang tension tau...
tq dengan adik2 yang terlibat..
semuanya adalah dikalangan pelajar2 di sekolah2 rendah area Sedili Kota Tinggi..



Ini gambar masa pendaftaran..
bznyer makcik2 ni.. huhuhuhu


yang ni masa pembahagian kumpulan..
hehehehe pening lalat gak cikgu Roslan masa ni..
apepun tq cikgu sebab bagi sokongan penuh pada kami yer..


masih dalam sesi sui kenal lagi ni..


ni le kenangan terakhir kami dengan en Harlin..
masa ni En Harlin dah nak kena tukar..
tapi sempat lagi joint program ni...
uhuhuuhu we miss u en harlin..


ni masa malamnyer..
best2..
memang seronok ..


ni le gambar kenangan kami..
sempat bergambar kenangan beramai-ramai..
dengan Tan Sri Syed Hamid dan isteri lagi..
happy sangat sebab yb sudi hadir..
banyak lagi gambar kenangan sepanjang program ni...
tapi tak cukup masa nak masukkan semua..
nak tgk kena le add facebook kami hehehhe

tq pada semua yang menjayakan program ni..
terutama ketua unit kami Puan Hazurah,En harlin, En Yazid, En Muhaizad,Pn Normah,Pn Siti, Cik Noryani
dan bos kami Hajah..
terima kasih jugak pada guru2 yang terlibat..
terutamanya..
Cikgu Aini dari Sk Setia JAya..Cikgu Roslan dari Sk Gembut dan guru2 lain yang aku tak ingat dah namanya...
muahhhh!!

Saturday, January 29, 2011

:. Program Pameran Bas Bergerak .:



Program pameran bas bergerak!!.... syok sangat.. dikerumuni dengan pelajar2 sekolah yang cute mute.... tq juga pada guru-guru di Sek.Men.keb Laksamana..... best!!!!



:: Program Antidadah Di Kejora Kota Tinggi ::




KEJORA KOTA TINGGI ( 04 Ogos 2010 ) :
Kedatangan kami di KEJORA Kota Tinggi di sambut mesra dengan kakitangan di sana.
Berhadapan dengan semua kakitangan mereka yang kira-kira 300 orang kami berasa kagum melihat sikap kerjasama mereka.
Semua kakitangan di sana amat mengambil berat mengenai bahaya dadah di kawasan tempat kerja mereka. Semoga ini akan menjadi contoh bagi jabatan-jabatan lain. Usaha membasmi dadah hendaklah mendapat sokongan dari semua pihak bukan dari agensi tertentu sahaja. Bersama membasmi dadah!!

:: KILANG FLAIRIS KOTA TINGGI ::



KILANG FLAIRIS, KOTA TINGGI ( 12hb Julai 2010 ) :

Lawatan pihak kami ke kilang Flairis Kota Tinggi pada bulan julai yang lalu untuk menjayakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah telah di sambut baik dengan kakitangan di sana. Puan Hazurah enyampaikan taklimat Tempat Kerja Bebas Dadah sambil dibantu dengan Cik Hasnida.
Program berjalan dengan lancar atas kerjasama pihak pentadbiran di kilang tersebut. Harapan pihak kami syarikat tersebut akan mendapat sedit ilmu dengan kedatangan kami pada hari tersebut.



:: PROGRAM CITRA KELUARGA DI KG JAWA PENGERANG ::



KAMPUNG JAWA, PENGERANG KOTA TINGGI ( 14 hb OGOS 2010 ) :
Program Citra Keluarga adalah satu program yang sasaran utamanya adalah golongan ibu bapa. Alhamdulillah kedatangan kami ke Kampung Jawa Pengerang di sambut baik oleh penduduk di sana. Terharu melihat layanan kaum-kaum ibu yang sangat ramah dan mesra terhadap kami.
Program yang berakhir pada tengah hari tu di hadiri oleh golongan ibu-ibu yang sangat berminat untuk mengetahui maklumat tentang dadah. Sebelum ceramah antidadah kami jalankan kaum-kaum ibu mengadakan majlis tadarus al quran. Sayu sekali mendengarkan mereka mengalunkan ayat-ayat suci.
Tengah hari itu kami pulang dengan hati yang lega, program telah selamat di jalankan. Semoga penduduk di sana akan mendapat sedikit maklumat dari kedatangan kami. Pihak kami juga berharap akan dapat peluang untuk mengadakan program sebegitu di sana lagi.







:. Program Di Felda Air Tawar 3 .:


Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi ( 10hb April 2010 ) : Felda Air Tawar 3 telah menjemput unit kami untuk mengadakan pameran di kawasan mereka. Pihak kami dengan sukacitanya telah hadir dan menjayakan majlis tersebut. Sekalung terima kasih diucapkan keatas penduduk kampung yang telah menyambut kedatangan kami dengan ramah mesra.
Semoga dengan kehadiran pihak kami dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada penduduk kampung Felda Air Tawar 3. Pihak kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan penduduk kampung tersebut pada bila-bila masa sahaja.


Pelbagai peringkat umur terlibat dalam program tersebut.