Pages

Followers

Saturday, January 29, 2011

:: PROGRAM CITRA KELUARGA DI KG JAWA PENGERANG ::



KAMPUNG JAWA, PENGERANG KOTA TINGGI ( 14 hb OGOS 2010 ) :
Program Citra Keluarga adalah satu program yang sasaran utamanya adalah golongan ibu bapa. Alhamdulillah kedatangan kami ke Kampung Jawa Pengerang di sambut baik oleh penduduk di sana. Terharu melihat layanan kaum-kaum ibu yang sangat ramah dan mesra terhadap kami.
Program yang berakhir pada tengah hari tu di hadiri oleh golongan ibu-ibu yang sangat berminat untuk mengetahui maklumat tentang dadah. Sebelum ceramah antidadah kami jalankan kaum-kaum ibu mengadakan majlis tadarus al quran. Sayu sekali mendengarkan mereka mengalunkan ayat-ayat suci.
Tengah hari itu kami pulang dengan hati yang lega, program telah selamat di jalankan. Semoga penduduk di sana akan mendapat sedikit maklumat dari kedatangan kami. Pihak kami juga berharap akan dapat peluang untuk mengadakan program sebegitu di sana lagi.







No comments:

Post a Comment