Pages

Followers

Saturday, January 29, 2011

:. Program Bersama Ahli Parlimen .:



program bersama ahli parlimen..
Dato` Halimah Sadiuqe..

majlis dijalankan di Masjid Felda Sungai Sayong..
alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..

Dato' juga mesra dan ramah orangnya..






:. Program Pameran Bas Bergerak .:



Program pameran bas bergerak!!.... syok sangat.. dikerumuni dengan pelajar2 sekolah yang cute mute.... tq juga pada guru-guru di Sek.Men.keb Laksamana..... best!!!!



:: Program Antidadah Di Kejora Kota Tinggi ::




KEJORA KOTA TINGGI ( 04 Ogos 2010 ) :
Kedatangan kami di KEJORA Kota Tinggi di sambut mesra dengan kakitangan di sana.
Berhadapan dengan semua kakitangan mereka yang kira-kira 300 orang kami berasa kagum melihat sikap kerjasama mereka.
Semua kakitangan di sana amat mengambil berat mengenai bahaya dadah di kawasan tempat kerja mereka. Semoga ini akan menjadi contoh bagi jabatan-jabatan lain. Usaha membasmi dadah hendaklah mendapat sokongan dari semua pihak bukan dari agensi tertentu sahaja. Bersama membasmi dadah!!

:: Nenek Tua Setia Dengan Suami Muda Walaupun Penagih ::



Cinta itu membuatkan kita buta.
Kata orang buta mata kerana cinta.
Cinta juga tak kenal usia.



Begitulah yang terjadi pada pasangan suami isteri ini yang sedang hot diperkatakan sekarang.
Mek Wook yang sudah berusia 108 tahun berkahwin dengan seorang lelaki muda berusia 38 tahun.


Pada asalnya si lelaki ni niatnya bagus mahu menyara dan menjaga isterinya yang sebaya neneknya itu tetapi terbalik pula yang terjadi kini.
suami yang dicintai itu rupanya penagih.
baru sahaja bebas daripada pusat serenti setelah setahun di sana telah ditangkap atas kesalahan dadah sekali lagi.
ermm.. sapa yang jaga sapa sekarang ni?
si nenek ni punyalah sayang sampai sanggup jamin si suami..
tapi apa nak di kata kerana cinta kita jadi buta..

aku kata : Dadah mampu membunuh Cinta !!

:: KILANG FLAIRIS KOTA TINGGI ::



KILANG FLAIRIS, KOTA TINGGI ( 12hb Julai 2010 ) :

Lawatan pihak kami ke kilang Flairis Kota Tinggi pada bulan julai yang lalu untuk menjayakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah telah di sambut baik dengan kakitangan di sana. Puan Hazurah enyampaikan taklimat Tempat Kerja Bebas Dadah sambil dibantu dengan Cik Hasnida.
Program berjalan dengan lancar atas kerjasama pihak pentadbiran di kilang tersebut. Harapan pihak kami syarikat tersebut akan mendapat sedit ilmu dengan kedatangan kami pada hari tersebut.



:: PROGRAM CITRA KELUARGA DI KG JAWA PENGERANG ::



KAMPUNG JAWA, PENGERANG KOTA TINGGI ( 14 hb OGOS 2010 ) :
Program Citra Keluarga adalah satu program yang sasaran utamanya adalah golongan ibu bapa. Alhamdulillah kedatangan kami ke Kampung Jawa Pengerang di sambut baik oleh penduduk di sana. Terharu melihat layanan kaum-kaum ibu yang sangat ramah dan mesra terhadap kami.
Program yang berakhir pada tengah hari tu di hadiri oleh golongan ibu-ibu yang sangat berminat untuk mengetahui maklumat tentang dadah. Sebelum ceramah antidadah kami jalankan kaum-kaum ibu mengadakan majlis tadarus al quran. Sayu sekali mendengarkan mereka mengalunkan ayat-ayat suci.
Tengah hari itu kami pulang dengan hati yang lega, program telah selamat di jalankan. Semoga penduduk di sana akan mendapat sedikit maklumat dari kedatangan kami. Pihak kami juga berharap akan dapat peluang untuk mengadakan program sebegitu di sana lagi.







:. Program Di Felda Air Tawar 3 .:


Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi ( 10hb April 2010 ) : Felda Air Tawar 3 telah menjemput unit kami untuk mengadakan pameran di kawasan mereka. Pihak kami dengan sukacitanya telah hadir dan menjayakan majlis tersebut. Sekalung terima kasih diucapkan keatas penduduk kampung yang telah menyambut kedatangan kami dengan ramah mesra.
Semoga dengan kehadiran pihak kami dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada penduduk kampung Felda Air Tawar 3. Pihak kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan penduduk kampung tersebut pada bila-bila masa sahaja.


Pelbagai peringkat umur terlibat dalam program tersebut.


APA ITU DADAH?

DEFINISI DADAH

Dadah ialah bahan kimia yang memberi kesan kemudaratan ke atas pemikiran (psikoaktif), fizikal, emosi dan tingkahlaku.


CIRI-CIRI DADAH

  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas system saraf
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan.
  • Diperolehi dan digunakan secara haram.
  • Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal.
  • Mendatangkan kesan buruk dan bahaya kepada kesihatan serta fungsi sosial individu.