Pages

Followers

Tuesday, March 6, 2012

CERAMAH ANTIDADAH DI YPJ KOTA TINGGI


Program Ceramah Antidadah di YPJ Kota Tinggi,
pada 08.02.2012.
Melibatkan seramai 58 pelatih Kolej Yayasan Pelajaran Johor Daerah Kota Tinggi


Di antara pelatih yang terlibat pada hari itu sangat khusyuk mendengar ceramah yang diberikan.

Monday, May 30, 2011

KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK BIL 1/2011 DI AADK KOTA TINGGI


Pada 28 Mei 2011 telah diadakan kursus Asas Pendawaian Elektrik di
AADK Kota Tinggi
tiada sebarang bayaran telah dikenakan

Pada 4 hb dan 5 hb June 2011
akan diadakan satu lagi kursus Asas Pendawaian Elektrik ini..
tiada had umur dikenakan
tiada juga sebarang bayaran..
PERCUMA!! sahaja..
sesiapa yang berminat boleh menghubungi En Faizal di talian 07-8835877









Monday, April 18, 2011

.:: Program Latihan Kerjaya 1 Malaysia .:


Tarikh : 16 hb & 17hb April 2011
Tempat : AADK Kota Tinggi

PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA

Kursus ini disampaikan oleh  wakil dari Institut Latihan Perindustrian Mersing.


TUJUAN :

Memberikan pendedahan dan kemahiran asas berkaitan dengan proses sistem penyejukan yang disediakan oleh pihak Bengkel Penyejukan dan Penyaman Udara. Memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri atau individu yang ingin meningkatkan hasil kerja atau kemahiran diri yang berkualiti agar mereka seiringan dengan keperluan semasa syarikat dan perkembangan teknolgi terkini.
Peserta yang menamatkan kursus dalam bidang tertentu akan dianugerahkan dengan sijil penyertaan yang dikeluarkan Institut Latihan Perindustrian Mersing.


OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA

  • membantu rakyat Malaysia untuk meningkatkan pendapatan pada masa akan datang.
  • Melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran.




peserta yang terlibat

masing-masing khusyuk mendengar taklimat yang diberikan 


peserta turut di beri latihan secara praktikal




Friday, April 15, 2011

.:: PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA PARLIMEN TENGGARA ::.


TARIKH : 09HB APRIL 2011
TEMPAT : SMK LAKSAMANA KOTA TINGGI

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
1  MALAYSIA PARLIMEN TENGGARA
DIRASMIKAN OLEH 
DATUK HALIMAH SADIQUE




DATUK HALIMAH SADIQUE MERASMIKAN PROGRAM










AADK Kota Tinggi dan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi merupakan Kumpulan RumahNo 3..
berkerjasama membersihkan rumah kuarters yang ke 3 

tarik pakai tangan je ke bang??

.:: REMAJA HIDU DAKWAT PEN ::.


Belum habis kisah hidu gam..
sekarang ade plak berita remaja hidu dakwat pen..
hampeh betul ler..
terkejut bila baca KOSMO ONLINE tadi pagi..
meh kita kongsi sama apa yg telah aku baca..


REMAJA kini melepaskan gian dengan menghidu pen marker.– Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.
Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar.
“Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,” ujarnya selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di sini semalam.
Seramai 492 anggota dan pegawai AADK menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.
Menurut Zuraidah, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan terdapat peningkatan pengguna dadah di kalangan remaja terutamanya kes melibatkan bahan mengkhayalkan.

aku kata : nak ambik kesempatan ucapkan tahniah pada pegawai kat ofis aku ni yang dapat anugaerah cemerlang AADK 2010

Thursday, April 14, 2011

.:: Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Bil 1/ 2011 ::.

Tarikh      :  12hb April 2010
Tempat    :   Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Tinggi


          Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Bil 1/2011 telah diadakan di Pejabat Daerah yang berada di Aras 1, Bangunan Iskandar Kota Tinggi. mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Karim, Pegawai Daerah Kota Tinggi..


Di antara agenda mesyuarat tersebut ialah, 
Taklimat dari Penolong  Pengarah Pencegahan AADK Negeri Johor En Hamizan yang bertajuk
 " Transformasi Dan Hala Tuju AADK"
 Diikuti dengan 
Taklimat dari Ketua AADK Daerah Kota Tinggi, Puan Hasina Binti Abd Rashid yang bertajuk,
" Isu Dan Permasalahan Dadah Di Daerah Kota Tinggi"
dan seterusnya ialah taklimat dari Pejabat Kesihatan yang disampaikan oleh En Faroqshah Bin Pari Yonok yang bertajuk
"Harm Reduction Dalam Konteks RAwatan Dan Pemulihan"



mesyuarat turut dihadiri oleh wakil dari Jabatan Kerajaan dan NGO's





Friday, April 8, 2011

.:: PROGRAM BENGKEL PENCEGAHAN RELAPSE ( MODUL MATRIK ) & PENILAIAN ASSIST ::.

Tarikh : 25hb Mac 2011  ( Jumaat )
Tempat : Bilik Mesyuarat , Pejabat Daerah Kota Tinggi

Objektif :

  1. Mmemberi pendedahan kepada kakitangan tentang Modul Matrik & Modul Penggunaan Assist.
  2. Menyediakan manual penggunaan ASSIST & pengisian modul matrik sebagai satu program psikososial
  3. Menjadikan modul penilaian ASSIST sebagai salah satu kaedah yang digunakan agensi cara menentukan keparahan penagih dadah.







Ceramah yang disampaikan oleh Puan Rodiah, Ketua AADK Daerah Kluang.


Peserta yang hadir 





:. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Di AADK Kota Tinggi Part 2 .:

Tarikh : 27hb April 2011
Tempat : Pusat Khidmat AADK Kota Tinggi

                   Program sambutan maulidur rasul ini sempena memperingati kelahiran junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. Aktiviti seperti bacaan ayat suci Al Quran, selawat ke atas nabi dan ceramah agama telah diadakan. Antara matlamat program ini ialah untuk mengekalkan kepulihan bekas penagih dan mencontohji akhlak mulia Rasullah. Serta merapatkan silaturrahim antara residen, kes pengawasan, keluarga peserta dan kakitangan AADK sendiri.

                   Semoga dengan adanya program seperti ini semua yang hadir pada hari tersebut akan mendapat ilmu dan diberkati Allah, Amin.


En Rohan sebagai pengacara majlis


Bacaan ayat suci Al-Quran



Ucapan aluan dari ketua AADK Daerah Puan Hasina Binti Abd Rashid


Ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan


Jamuan makan pagi






Antara pegawai yang terlibat menyambut kedatangan jemputan








:. Program IQRA' Di AADK Kota Tinggi .:


Setiap hari Khamis malam Jumaat

Sasaran :- 
Residen dan kes pengawasan AADK Daerah Kota Tinggi

Objektif :-
* Mendekatkan diri kepada ALLAH
*Menambah ilmu pengetahuan berkaitan ISLAM
* Mengeratkan Silaturahim

Pengisian :-
*Sembahyang Jemaah (Solat Mahgrib & Isyak)
*Bacaan Yassin
*Tazkirah