Pages

Followers

Friday, March 11, 2011

.:: Belasah Isteri Dengan Tali Pinggang ::.

Cuba baca keratan ahkbar dari Metro Online di bawah..
sedih dan terkilan dengan tindakan suami yang memukul isterinya dengan tali pinggang seolah-olah isterinya itu bagakan binatang..
langsung tidak ada perikemanusiaan..
semua ini adalah berpunca dari dadah..
korang baca dan fahamilah sendiri...




KEMAMAN: Seorang isteri yang menderita kerana didera suami nekad mendedahkan pembabitan lelaki berkenaan dalam penyalahgunaan dadah sejak setahun lalu.
Penangan pil kuda bukan saja menyebabkan lelaki berusia 23 tahun itu membelasah isteri dengan kaki dan tangan, malah lebih malang lagi apabila tubuh ibu kepada dua anak itu turut disebat dengan tali pinggang apabila si suami hilang kawalan akibat ketandusan bekalan dadah.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pembantu penguat kuasa di sebuah agensi penguatkuasaan kerajaan di Kuala Lumpur dikatakan menagih pil kuda sejak setahun lalu dan dipercayai mendapat bekalan dadah berkenaan daripada pengedar di bandar raya itu.
Mangsa berusia 21 tahun nekad membuat laporan polis apabila lelaki terbabit yang bagaikan dirasuk syaitan membelasahnya dengan tali pinggang ketika pulang bercuti ke rumah keluarga di Felda Cherul, Cheneh,.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata pihaknya menerima laporan wanita terbabit yang dibuat di Pondok Polis Cheneh pada jam 2 petang, Ahad lalu.

Beliau berkata, susulan laporan itu, anggota polis di pondok berkenaan mengambil tindakan segera menahan lelaki terbabit dalam satu serbuan diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (KBSJN) Kemaman, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah di rumah keluarga lelaki berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan disaksikan kedua-dua orang tua lelaki terbabit pada jam 2.30 petang hari sama, anggota penguat kuasa berkenaan yang panik dengan kehadiran polis di rumah itu bertindak agresif bagi mengelak ditahan.

“Pemeriksaan pada badan lelaki terbabit tidak menemui sebarang dadah dan dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut.
Lelaki terbabit dipercayai menagih pil kuda berdasarkan keputusan ujian air kencing yang dilakukan mendapati dia positif metaphetamine,” katanya.

Abdullah berkata, lelaki terbabit sudah dibebaskan semalam dengan jaminan polis selepas direman selama tiga hari di lokap IPD Kemaman bermula Isnin lalu.

Katanya, anggota penguat kuasa itu akan dipanggil semula selepas polis mendapat laporan penuh ujian air kencing daripada makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, siasatan awal polis percaya lelaki terbabit bertindak agresif dan sering memukul isterinya apabila ketagihan selepas dipercayai terputus bekalan apabila pulang bercuti di kampung.

“Penangan dadah jenis metaphetamine seperti pil kuda boleh menyebabkan penagih hilang kawalan dan bertindak tanpa peri kemanusiaan sekiranya terputus bekalan,” katanya.

Abdullah berkata, siasatan terhadap lelaki terbabit dilakukan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara dua tahun.

No comments:

Post a Comment