Pages

Followers

Friday, April 8, 2011

:. Program IQRA' Di AADK Kota Tinggi .:


Setiap hari Khamis malam Jumaat

Sasaran :- 
Residen dan kes pengawasan AADK Daerah Kota Tinggi

Objektif :-
* Mendekatkan diri kepada ALLAH
*Menambah ilmu pengetahuan berkaitan ISLAM
* Mengeratkan Silaturahim

Pengisian :-
*Sembahyang Jemaah (Solat Mahgrib & Isyak)
*Bacaan Yassin
*Tazkirah 




Saturday, April 2, 2011

.:: Majlis Sambutan Maulid Rasul Di AADK Kota Tinggi ::.

. Sambutan Maulidur Rasul .:


Tarikh 27hb Mac yang lalu pejabat AADK kami meriah dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul
bersama kakitangan dan kes pengawasan..
alhamdulillah program anjuran Unit Pemulihan AADK tersebut mendapat sambutan yang meriah dari semua kakitangan dan kes pengawasan..


Ketua Daerah Kota Tinggi Puan Hasina menyampaikan cenderamata kepada
penceramah jemputan kami

Pelbagai majlis ilmu yang diadakan..
termasuklah ceramah agama yang disampaikan oleh seorang penceramah jemputan..

Para hadirin juga turut dihidangkan dengan makan pagi dan makan tengah hari
yang paling best bila kami semua makan dalam talam beramai-ramai..


majlis pagi itu dimulakan dengan selawat ke atas nabi beramai-ramai


dalam kepenatan tu sempat juga kami berposing
hehehehe..

:. Pameran Science On Wheels Johor 2011 .:

Science On Wheels Johor 2011 .:


Pada 25hb Mac yang lalu kami dari AADK Kota Tinggi telah menerima jemputan untuk
mengadakan Pameran Antidadah dan Ceramah untuk

"Program Science On Wheels Johor 2011"
di Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar..
bukan kami sahaja malah ada juga jabatan-jabatan lain yang turut terlibat..



Pameran Bas Bergerak oleh MOSTI

Ceramah tentang bahaya dadah turut diadakan.

Program ini dihadiri oleh sekolah-sekolah menengah dan rendah Daerah Kota Tinggi

Kaunter Pameran Antidadah dari AADK Kota Tinggi

Tuesday, March 22, 2011

.:: Ceramah Dan Pameran SMK Bandar Kota Tinggi ::.


Program Ceramah Dan Pameran Di SMK Bandar Kota Tinggi pada
9hb Mac 2011
happy dapat jumpa semua pelajar sekolah ni yang nampak berminat pada pameran yang kami adakan..
banyak soalan2 yang diajukan..





board pameran kami turut jadi sambutan



pelajar-pelajar tersebut melihat dengan penuh khusyuk


tq adik2 sebab  bagi sokongan pada kami

.:: Program Maybank Bandar Tenggara Bersama Komuniti ::.



Sabtu lepas pada 19hb Mac 2011
kami ke Bandar Tenggara untuk satu jemputan bagi program
Maybank Bersama Komuniti..

terima kasih atas jemputan tersebut dan layanan yang baik dari pihak maybank..
semoga akan bekerjasama lagi pada masa akan  datang.



Gerai Pameran Antidadah kami


Pertandingan gubahan tuala bagi kaum ibu


Kehadiran Datok Haji Baderi ke gerai pameran kami.
terima kasih datok.


Group kompang dari anak-anak comel yang berbakat




kami turut dihiburkan dengan nyanyian koir..

.:: 16 Makmal Dadah Dibongkar Pihak Polis ::.




KUALA LUMPUR: Jika diukur pada jumlah dan nilai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin sudah mencipta rekod tertinggi dalam sejarah apabila berjaya membongkar 16 makmal dadah selain merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 3.5 tan yang dianggarkan bernilai RM220 juta dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun (gambar) berkata, kejayaan terbesar itu adalah susulan kerja keras anggotanya menumpaskan satu persatu sindiket dadah antarabangsa sebelum memberkas 61 ahli sindiket terbabit.

Menurutnya, banyak dari makmal dadah yang dikenal pasti itu beroperasi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
“Kejayaan ini meningkat hampir 40 peratus berbanding 11 makmal dadah sepanjang tahun lalu. “Kebanyakan ahli sindiket dadah yang diberkas bukanlah di kalangan ahli kimia atau pakar, tetapi warga tempatan manakala penyeludup pula dari warga Iran,” katanya.





cegah : semakin kita cuba memeranginyer semakin menjadi2 pulak kes dadah ni, semua  orang sebenarnya perlu bekerjasama untuk memerangi dadah.

.:: Lelaki Singapura Ditahan Seludup 4kg Syabu ::.



MANILA: Seorang lelaki Singapura ditahan bersama sejumlah dadah yang disyaki cuba diseludup melalui lapangan terbang di Manila, kata polis semalam.
Lelaki terbabit, Soa Kiam Hwee, 36, diberkas sejurus selepas tiba dari Thailand, kelmarin.

Jurucakap polis Filipina, Cif Superintendan Agrimero Cruz, berkata apabila disoal siasat, pihak berkuasa menemui empat kilogram methamphetamine hydrochloride yang lebih dikenali sebagai syabu.

Kata Cruz, dadah itu diikat dalam plastik lut sinar pada Soa.

Katanya, turut ditemui adalah sejumlah mata wang asing.

“Polis mengesyaki lelaki terbabit diupah sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah berkenaan,” katanya.


Semua dadah itu diserahkan kepada agensi antidadah Filipina untuk tindakan sewajarnya.

Amerika Syarikat dan negara Asia memang menganggap Filipina menjadi pusat transit dadah terutama membabitkan kumpulan penjenayah China.


Pengedar dadah boleh dihukum penjara seumur hidup di Filipina. - AFP




sumber : harian metro online



Wednesday, March 16, 2011

.:: Sehari Di PLKN Kem Desaru Kota Tinggi ::.

Sehari Bersama Pelatih PLKN Kem Desaru Kota Tinggi

Ini adalah kenangan manis sewaktu kami menjalankan program bersama-sama 
Pelatih Khidmat Negara Di Kem Desaru PLKN




Program LDK bersama mereka


walaupun penat tapi kami tetap rasa gembira..








kesemua pelatih melihat penerangan dari kumpulan lain




semoga ilmu yang kami kongsikan bersama-sama mereka akan diberkati Allah hendaknyer..
Amin.....

Tuesday, March 15, 2011

:. Baby Insaf Di Penjara Kerana Dadah .:




KUALA LUMPUR: “Cukuplah pengalaman tujuh bulan dipenjarakan di luar negara selepas menjadi keldai dadah,” kata Nur Dhiya Ain Rosman, 20, yang dibebaskan dari penjara Cape Town, Afrika Selatan, 9 Mac lalu.
Anak kedua daripada empat beradik berasal dari Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, di sini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada jam 6 pagi hari sama. 
Nur Dhiya dipenjarakan di Cape Town selama tujuh bulan bermula 14 Ogos tahun lalu hingga 9 Mac lalu selepas ditahan dan didapati bersalah kerana membawa 1.2 kilogram dadah jenis syabu.

Menurutnya, ketika ditahan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai dadah itu dan terkejut selepas menyedari ditipu rakan baik yang dikenali sejak kecil.

Katanya, dia bersetuju melancong ke Cape Town selepas diajak rakan baiknya itu yang menawarkan tiket penerbangan dan penginapan percuma selama empat hari ke negara itu, tetapi rakannya membatalkan percutian pada saat akhir menyebabkan dia terpaksa pergi seorang diri.



“Rakan saya itu meyakinkan saya akan selamat kerana akan ditemani wakil syarikat yang menguruskan pelancongan percuma itu dan bakal ditempatkan di sebuah hotel mewah selama empat hari.

“Selama di sana saya dilayan dengan baik dan apabila tiba saat untuk pulang pada 14 Ogos tahun lalu, seorang wanita yang mendakwa wakil syarikat itu yang menemani saya menyerahkan sebuah beg kecil sebagai sagu hati tanpa diketahui isinya.

“Ketika di lapangan terbang kira-kira jam 10 malam selepas melalui pemeriksaan pengimbasan, saya ditahan pegawai imigresen negara itu,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini, semalam.

Nur Dhiya berkata, sebaik ditahan, dia hanya berdoa kerana tidak mengetahui motif rakan baiknya serta wakil syarikat pelancongan itu berbuat demikian dan hanya mengetahui dirinya dikhianati selepas dipenjara.

“Saya sungguh insaf dengan pengalaman ini kerana pertama kali berjauhan dengan ibu, ayah dan adik-beradik. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini.

“Saya menasihatkan remaja supaya berhati-hati dengan rakan sendiri dan orang yang baru dikenali kerana kebanyakan mereka mempunyai muslihat,” katanya yang dibebaskan daripada penjara selepas Mahkamah Tinggi Cape Town memutuskan dia tidak bersalah dalam kes pengedaran dadah.

Menurutnya, walaupun dilayan dengan baik, pengalaman tinggal dalam penjara bersama tahanan warga Afrika amat menginsafkan kerana mereka sering bergaduh menyebabkan dirinya tertekan selain berjauhan orang tersayang.

Harian Metro pada 15 Ogos tahun lalu melaporkan Nur Dhiya ditahan di lapangan terbang Cape Town selepas dikesan membawa 1.2 kilogram syabu dan ditempatkan di sebuah pusat tahanan.

Sementara itu, ibu dan bapanya, Roslah Abd Jani, 44, dan A C Musa Abu Chik, 43, bersyukur kerana mimpi ngeri keluarganya berakhir apabila Nur Dhiya atau lebih dikenali sebagai Baby dibebaskan dan kini kembali ke pangkuan keluarga.

Roslah berkata, sebelum ini dia tidak boleh tidur malam dan setiap hari berusaha menghubungi Kedutaan Malaysia di Cape Town untuk mengetahui keadaan anak gadisnya itu.

“Saya mengorbankan segala-galanya demi menyelamatkan Baby kerana dia masih muda dan masa depannya masih panjang,” katanya yang menghabiskan ribuan ringgit untuk membebaskan anaknya dengan pertolongan pelbagai pihak.



 sumber dari METRO 


cegah : Semoga kita semua mendapat iktibar dari apa yang telah berlaku. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak jadi susah.. betul tak?

Saturday, March 12, 2011

.:: Dua Pengedar Dadah Di Kluang Di Tangkap ::.

Dua pengedar dadah yang menjadikan remaja sebagai sasarannya
berjaya di tangkap oleh pihak polis..
syabas!!
ikuti berita selanjutnya dari Metro Online

2 pengedar dadah sasar remaja dicekup


KLUANG: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah yang menyasarkan remaja di daerah ini sebagai pelanggan mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin.
Dalam serbuan pertama pada jam 3.30 petang oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, suspek pertama dijejak sekitar Jalan Kampung Paya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata pemuda berusia 29 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun gagal.
“Pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan dua peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi heroin dan syabu.

“Heroin seberat 16.78 gram, manakala syabu pula mencecah 1.5 gram dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.

Beliau berkata, hasil soal-siasat suspek pertama, pihaknya turut memberkas seorang lagi suspek yang terbabit pengedaran dadah.

“Suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Felda Kahang Timur jam 9 pagi semalam dan pemeriksaan menemui sepeket plastik berisi heroin seberat 15.85 gram.

“Kedua-duanya kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati mandatori,” katanya.