Pages

Followers

Sunday, February 20, 2011

.:: Program Institusi Bebas Dadah Di SK Bukit Lintang ::.


Semalam , pada 19hb Febuari 2011...
aku dan team ke SK Bukit Lintang, Kota Tinggi atas jemputan program di sana...
kedatangan kami di sambut baik oleh guru-guru di sana...
meriah tengok pelajar2 sekolah tu yang tengah menghadiri hari Kokukikulum...

belum pun bermula program kami dah di bawa ke kantin tuk menjamu selera...
nyum.. nyum..
kata orang rezeki kan jangan di tolak...
selera sungguh si Rohan ngan Abg Ejad makam mee goreng sampai bertambah-tambah...
hehehehhee
ok .. seterusnya sampai di dewan kami buat persediaan tuk menjalankan tugas kami..
walaupun berlaku sedikit masalah teknikal tapi akhirnya
semua berjalan lancar jugak..


tak tahu le abg Ejad ni..
termenung atau berfikir..
yang pasti inilah penangan makan mee goreng sampai 2 pinggan hehhehehe


wah si Rohan
ade tokoh jadi cikgu le yer hehehhe

pelajar yang terlibat semuanya memberikan sokongan dalam aktiviti LDK yang kami jalankan..

alamak semua tgk belakang ler...
dengar le apa Puan Hazurah bg tau tu hehehhee

Puan Hazurah dah terduduk lepak le tu..

Saturday, February 19, 2011

.:: KEM INTIM 2010DI SK SETIA JAYA ::.


Gambar ni sebenarnya dah lama cuma simpan jadi pekasam dalam lappy ni..
ni gambar kenangan masa Program kem INTIM kat sekolah Rendah Setia Jaya..
seronok menghabiskan masa dengan budak2 ni...
hilang tension tau...
tq dengan adik2 yang terlibat..
semuanya adalah dikalangan pelajar2 di sekolah2 rendah area Sedili Kota Tinggi..



Ini gambar masa pendaftaran..
bznyer makcik2 ni.. huhuhuhu


yang ni masa pembahagian kumpulan..
hehehehe pening lalat gak cikgu Roslan masa ni..
apepun tq cikgu sebab bagi sokongan penuh pada kami yer..


masih dalam sesi sui kenal lagi ni..


ni le kenangan terakhir kami dengan en Harlin..
masa ni En Harlin dah nak kena tukar..
tapi sempat lagi joint program ni...
uhuhuuhu we miss u en harlin..


ni masa malamnyer..
best2..
memang seronok ..


ni le gambar kenangan kami..
sempat bergambar kenangan beramai-ramai..
dengan Tan Sri Syed Hamid dan isteri lagi..
happy sangat sebab yb sudi hadir..
banyak lagi gambar kenangan sepanjang program ni...
tapi tak cukup masa nak masukkan semua..
nak tgk kena le add facebook kami hehehhe

tq pada semua yang menjayakan program ni..
terutama ketua unit kami Puan Hazurah,En harlin, En Yazid, En Muhaizad,Pn Normah,Pn Siti, Cik Noryani
dan bos kami Hajah..
terima kasih jugak pada guru2 yang terlibat..
terutamanya..
Cikgu Aini dari Sk Setia JAya..Cikgu Roslan dari Sk Gembut dan guru2 lain yang aku tak ingat dah namanya...
muahhhh!!

Thursday, February 17, 2011

.:: Methamphetamine , Syabu, Ice ::.


Methamphetamine Hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulam stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Cth meth yang biasanya terdapat di Malaysia ialah Syabu dan Yaba. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Cara menggunakannya :

  • Menghisap
  • Menyedut ( Chasing Dragon )
Nama Jalanan :
  • Ice
  • Batu
  • Stone

.:: TAHUKAH ANDA? ::.



Sejarah Dadah / Asal usul Dadah
Sebenarnya dadah telah lama wujud dan digunakan sejak dari 5000 tahun dahulu, mengikut sejarah Islam dadah dibawa masuk ke negara Arab oleh orang Parsi yang tidak beragama. Ini terbukti kerana ada tertulis didalam Kitan Al-Hitat yang ditulis oleh Al-Mugrizi yang mengatakan “Telah datang ke kahirah beberapa orang Parsi yang tidak mempercayai tuhan, mereka membawa candu dan beberapa bahagian yang dikeringkan telah dibancuh dengan madu dan dinamakan Al-Ukdah” (Dr.Ahmad Shukri Al-Fanjar, 1975)     

Saturday, January 29, 2011

:. Program Bersama Ahli Parlimen .:



program bersama ahli parlimen..
Dato` Halimah Sadiuqe..

majlis dijalankan di Masjid Felda Sungai Sayong..
alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..

Dato' juga mesra dan ramah orangnya..






:. Program Pameran Bas Bergerak .:



Program pameran bas bergerak!!.... syok sangat.. dikerumuni dengan pelajar2 sekolah yang cute mute.... tq juga pada guru-guru di Sek.Men.keb Laksamana..... best!!!!



:: Program Antidadah Di Kejora Kota Tinggi ::




KEJORA KOTA TINGGI ( 04 Ogos 2010 ) :
Kedatangan kami di KEJORA Kota Tinggi di sambut mesra dengan kakitangan di sana.
Berhadapan dengan semua kakitangan mereka yang kira-kira 300 orang kami berasa kagum melihat sikap kerjasama mereka.
Semua kakitangan di sana amat mengambil berat mengenai bahaya dadah di kawasan tempat kerja mereka. Semoga ini akan menjadi contoh bagi jabatan-jabatan lain. Usaha membasmi dadah hendaklah mendapat sokongan dari semua pihak bukan dari agensi tertentu sahaja. Bersama membasmi dadah!!

:: Nenek Tua Setia Dengan Suami Muda Walaupun Penagih ::



Cinta itu membuatkan kita buta.
Kata orang buta mata kerana cinta.
Cinta juga tak kenal usia.



Begitulah yang terjadi pada pasangan suami isteri ini yang sedang hot diperkatakan sekarang.
Mek Wook yang sudah berusia 108 tahun berkahwin dengan seorang lelaki muda berusia 38 tahun.


Pada asalnya si lelaki ni niatnya bagus mahu menyara dan menjaga isterinya yang sebaya neneknya itu tetapi terbalik pula yang terjadi kini.
suami yang dicintai itu rupanya penagih.
baru sahaja bebas daripada pusat serenti setelah setahun di sana telah ditangkap atas kesalahan dadah sekali lagi.
ermm.. sapa yang jaga sapa sekarang ni?
si nenek ni punyalah sayang sampai sanggup jamin si suami..
tapi apa nak di kata kerana cinta kita jadi buta..

aku kata : Dadah mampu membunuh Cinta !!

:: KILANG FLAIRIS KOTA TINGGI ::



KILANG FLAIRIS, KOTA TINGGI ( 12hb Julai 2010 ) :

Lawatan pihak kami ke kilang Flairis Kota Tinggi pada bulan julai yang lalu untuk menjayakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah telah di sambut baik dengan kakitangan di sana. Puan Hazurah enyampaikan taklimat Tempat Kerja Bebas Dadah sambil dibantu dengan Cik Hasnida.
Program berjalan dengan lancar atas kerjasama pihak pentadbiran di kilang tersebut. Harapan pihak kami syarikat tersebut akan mendapat sedit ilmu dengan kedatangan kami pada hari tersebut.



:: PROGRAM CITRA KELUARGA DI KG JAWA PENGERANG ::



KAMPUNG JAWA, PENGERANG KOTA TINGGI ( 14 hb OGOS 2010 ) :
Program Citra Keluarga adalah satu program yang sasaran utamanya adalah golongan ibu bapa. Alhamdulillah kedatangan kami ke Kampung Jawa Pengerang di sambut baik oleh penduduk di sana. Terharu melihat layanan kaum-kaum ibu yang sangat ramah dan mesra terhadap kami.
Program yang berakhir pada tengah hari tu di hadiri oleh golongan ibu-ibu yang sangat berminat untuk mengetahui maklumat tentang dadah. Sebelum ceramah antidadah kami jalankan kaum-kaum ibu mengadakan majlis tadarus al quran. Sayu sekali mendengarkan mereka mengalunkan ayat-ayat suci.
Tengah hari itu kami pulang dengan hati yang lega, program telah selamat di jalankan. Semoga penduduk di sana akan mendapat sedikit maklumat dari kedatangan kami. Pihak kami juga berharap akan dapat peluang untuk mengadakan program sebegitu di sana lagi.